Selepas bersara Abdul_Jamil_Abdul_Rais

Beliau menjadi Pengerusi Lembaga Perancang Keluarga Negara (NFPB) yang menganjurkan bengkel dan seminar kekeluargaan dan kesihatan keluarga.[6]

Dalam bulan November 1967, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom di London dan merangkap ke Republik Ireland.[7] Alamat kedutaan Malaysia ialah 45, Belgrave Square, London. Semasa persidangan Kowanwel, beliau menjadi wakil kerajaan Malaysia.[8] Malaysia Hall beralamat di 44/46 Bryanston Square, WI. Yang di-Pertuan Agong ketika itu ialah Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu.

Beliau juga diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ; Naib Yang Di Pertua Persatuan Dakwah Islamiah Malaysia ; Naib Presiden Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ; Presiden Persatuan Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia ; Presiden Persatuan Lawn Tennis Selangor ; Presiden Persatuan Lawn Tennis Malaysia ; Naib Presiden FAM ; Pengerusi Majlis Universiti Malaya ; Pengerusi Majlis Persatuan Pengakap Malaysia (Anak Melayu pertama memegang jawatan ini) ; Pengerusi Lembaga Perancang Keluarga ; Pengerusi Kontena Nasional Sdn. Bhd. dan lain-lain.